Search
Close this search box.
Tawaran gaji lumayan dan masa yang fleksibel merupakan antara taktik utama digunakan sindiket penipuan pekerjaan di luar negara untuk memperdayakan rakyat di negara ini. Foto Envato

Golongan muda diumpan dengan gaji lumayan

ByConnie Grace

KUCHING, 3 Mei: Tawaran gaji lumayan dan masa yang fleksibel merupakan antara taktik utama sindiket penipuan pekerjaan di luar negara untuk memperdaya rakyat di negara ini.

Pengarah MESIS SDN BHD, Jee Kouk Hiong berkata, tawaran itu sering dibuat melalui media sosial yang kebanyakannya mensasarkan golongan muda.

“Kebanyakan yang menjadi mangsa sindiket ini adalah mereka yang mudah terpedaya dengan janji manis oleh sindiket ini. Jadi, kelemahan yang sering kita lihat dalam kalangan rakyat kita adalah mudah terpedaya atau dipengaruhi.

“Oleh itu nasihat saya, sebelum kita terima apa-apa tawaran pekerjaan tidak kira di dalam atau luar negara semak terlebih dahulu mengenai kesahihannya. Kita boleh rujuk website atau kementerian yang terlibat.

“Langkah ini penting supaya kita tidak mudah diperdaya kerana taktik penjenayah ini adalah menawarkan gaji lumayan,” katanya kepada semasa ditemu bual dalam Program Dialog TVS, yang disiarkan setiap Khamis. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan