Search
Close this search box.
Kontena yang mengandungi minuman keras pelbagai jenama berjaya dirampas dalam satu serbuan polis di Mukah, pada Jumaat. Foto IPD Mukah

22,000 karton minuman keras tanpa cukai dirampas, 4 lelaki ditahan di Mukah

MUKAH, 4 Mei: Polis merampas 22,000 karton minuman keras pelbagai jenama dalam satu serbuan ke atas sebuah dermaga di Jalan Feri Lama di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Mukah, Deputi Superitendan Polis (DSP) Muhamad Rizal Alias berkata, serbuan oleh Ibu Pejabat Briged Sarawak Pasukan Gerakan Am (PGA) dilakukan kira-kira jam 7.30 malam.

Hasil serbuan dan pemeriksaan katanya, sebanyak 22,000 karton pelbagai jenama minuman keras ditemui di dalam 10 buah kontena yang disyaki tidak mempunyai cukai kastam.

“Pasukan itu juga merampas kesemua minuman keras dan kontena tersebut turut dirampas ialah sebuah kapal tongkang, dua buah lori treler dan 10 buah treler dengan anggaran nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM11,327,200,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Susulan itu ujarnya, tiga lelaki warga tempatan dan seorang lelaki warga asing berumur 43 hingga 59 tahun yang berada di lokasi serbuan ditahan reman selama enam hari bagi membantu siasatan kerana gagal mengemukakan dokumen sah daripada kastam.

Katanya, kesemua rampasan dan tangkapan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Mukah dan diserahkan kepada bahagian siasatan jenayah untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967,” jelasnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan