Search
Close this search box.
Seramai 60 orang petugas haji bagi operasi musim haji 1445h/2024 mula digerakkan ke Mekah petang semalam. Foto Zen Hashim (TVS)

60 orang petugas haji mula digerakkan ke Mekah

ByLuqman Muhammad

MADINAH, 5 Mei: Seramai 60 orang petugas haji bagi operasi musim haji 1445h/2024 mula digerakkan ke Mekah pada petang semalam.

Pengarah Operasi Madinah, Ashrof Shamsuddin yang juga Naib Konsul Haji Malaysia berkata, kumpulan tersebut terdiri daripada rombongan kebajikan dan kesihatan.

“Ketibaan yang disebut sebagai Advance Party 2 membabitkan seramai 150 orang yang telah tiba pada 2 Mei lepas, Isya-Allah sebahagian daripada mereka telah mula bergerak ke Mekah bagi melakukan persediaan di sana,” katanya ketika ditemui pemberita pada sidang media di sini, semalam.

Menurutnya lagi, kesemua petugas awal yang dihantar ke Mekah itu terlebih dahulu berpeluang untuk melakukan ibadah umrah sebelum melaksanakan tanggungjawab masing-masing.

Sementara itu, Timbalan Penyelaras Operasi II, Che Mohd Izarudin Hashimi menyifatkan tugasan yang diberikan itu sebagai satu tanggungjawab yang besar dan harus dilakukan dengan penuh amanah.

“Selepas kami selesai menunaikan umrah, maka akan bermulalah tugas-tugas kami sebagai petugas yang terawal dihantar ke Mekah untuk membuka serta menyiapkan bangunan untuk operasi musim haji tahun ini dan kami akan menunggu jemaah haji yang akan datang,” katanya.

Dalam pada itu petugas kesihatan, Hani Fakhrulrazi pula meluahkan rasa syukur kerana diberi peluang untuk berkhidmat kepada bakal jemaah haji pada operasi musim haji tahun ini.

“Saya akan berusaha untuk menyantuni Duyufurrahman ‘ Tetamu Allah’, doakan saya bersama rakan-rakan yang lain,” ujar Hani.

Majlis ringkas keberangkatan pergi petugas haji ke Mekah itu turut disaksikan Pengarah Operasi Madinah, Ashrof Shamsuddin.

Mereka menaik bas dari Madinah ke Mekah yang mengambil masa selama hampir 5 jam. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan