Search
Close this search box.
Bekas pelajar Sekolah Menengah Tun Abang Haji Openg, Kuching mengambil bahagian dalam Majlis Khatam Al-Quran yang dilangsungkan di Masjid Al Hidayah Kampung Bako semalam. Foto TVS

Bertemu semula selepas lebih 50 tahun tinggal alam persekolahan

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 5 Mei: Kerinduan tidak bertemu sejak lebih 50 tahun lalu terubat apabila seramai 42 bekas pelajar Sekolah Menengah Tun Abang Haji Openg  bertemu semula pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri yang dianjurkan di sini, semalam.

Majlis yang berlangsung di Masjid Al Hidayah Kampung Bako itu mengimbau kenangan kerana menemukan semula bekas pelajar sekolah itu dari tahun 1971 hingga 1973.

Lebih istimewa pada majlis itu, seramai 16 bekas pelajar menyertai Majlis Khatam Al-Quran yang dilangsungkan di lokasi yang sama.

Dalam majlis yang berlangsung sekitar lima jam itu menyaksikan sebilangan besar daripada mereka gagal menahan sebak dalam gembira apabila berpeluang bertemu kembali di bulan Syawal ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan