Search
Close this search box.
Datuk Seri Nancy Shukri (kiri) menyerahkan cenderahati kepada Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang sambil diperhatikan oleh Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Nancy hari ini. Foto, TVS.

Integrasi dan semangat muhibah sebati dalam rakyat Sarawak – Abang Johari

BySalasiah Safian

KUCHING, 5 Mei: Integrasi dan semangat muhibah sudah sebati dalam diri rakyat Sarawak, kata Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Menurut Premier Sarawak itu, integrasi merupakan kunci penting kerana mampu mewujudkan keharmonian dalam kalangan masyarakat.

Tambah Abang Johari, di pihak Kerajaan Sarawak pula, pelbagai usaha turut diambil untuk memantapkan keharmonian yang sedia ada.

“Jadi saya fikir dengan adanya integrasi, tiada masalah kerana kita memahami budaya masing-masing.

“Oleh sebab itu, saya mengadakan seni persembahan bertaraf antarabangsa kerana Sarawak boleh mempamerkan budaya kita manakala jika ada persembahan dari luar negara, kita boleh belajar daripada satu sama lain,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir ke Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri anjuran Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri di sini, hari ini.

Turut hadir isteri Abang Johari, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi dan Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak, Datuk Dr Hazland Abang Hipni.

Dalam pada itu, Abang Johari turut menekankan kepentingan memupuk keamanan sejagat

“(Ini) lebih penting kerana ia (perbalahan) boleh menjejaskan kehidupan masyarakat khususnya sudut ekonomi,” katanya.

Dalam soal ini Abang Johari berpendapat, keharmonian serta integrasi yang ada Sarawak wajar menjadi contoh bukan sahaja di Malaysia malah kepada negara luar.

“Tahap toleransi dan persefahaman (yang tinggi sangat penting) terutama apabila anda mempunyai rakyat kaum dan agama,” ujarnya. – TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan