Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berucap pada Majlis Kesyukuran Aidilfitri Agensi-Agensi Islam Sarawak. Foto Ahmad Nasrullah (TVS)

Papar kekayaan budaya pelbagai kaum di Sarawak – Abang Johari

BySheera Abg Mansor

KUCHING, 5 Mei: Majlis Kesyukuran Aidilfitri Agensi-Agensi Islam Sarawak yang menampilkan pelbagai juadah raya daripada pelbagai kaum dan agama memaparkan kekayaan budaya yang ada di Sarawak.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, terdapat pelbagai jenis juadah disediakan kepada tetamu yang hadir.

“Gerai yang dibuka ada menyediakan juadah ayam pansuh, kuih-muih dari Sabah. Terima kasih orang Sabah.

“Ini memaparkan bahawa orang kita kaya dengan budaya masing-masing. Kita kaya dengan budaya, tiada negeri lain seperti kita yang saling berkongsi budaya seperti ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Kesyukuran Aidilfitri Agensi-Agensi Islam Sarawak di sini, hari ini.

Pada majlis itu beliau bersama isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang turut menyantuni 16 gerai raya yang dibuka kepada tetamu yang hadir.

Beliau berkata, perayaan di bulan Syawal dapat mengukuhkan perpaduan silaturrahim antara masyarakat Islam mahupun agama-agama lain di wilayah ini.

“Aidilfitri di Sarawak ini bukan sahaja diraikan oleh umat Islam tetapi juga masyarakat bukan beragama Islam.

“Ini maknanya ‘mutual respect’ atau saling menghormati. Kita menghormati mereka dan mereka menghormati kita,” katanya.

Hadir sama Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti), Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi dan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak Sarawak, Datuk Rosey Yunus. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan