Search
Close this search box.
Naib Konsul Haji Malaysia merangkap Pengarah Operasi Madinah Ashrof Shamsuddin. Foto Zen Hashim (TVS)

TH sedia terima kedatangan jemaah haji Malaysia di Tanah Suci

ByLuqman Muhammad

MADINAH, 5 Mei: Lembaga Tabung Haji (TH) bersedia untuk menerima kedatangan bakal jemaah Malaysia di sini bagi musim haji 1445H/2024 yang akan bermula pada 9 Mei ini.

Pengarah Operasi Madinah Ashrof Shamsuddin berkata, ini susulan pejabat TH di sini sudah beroperasi sepenuhnya untuk menyantuni tetamu Allah.

 

Banjir Madinah: Tabung Haji siap siaga hadapi sebarang bencana

Jelas beliau, pasukan telah menyiapkan penginapan jemaah haji.

“Insya-Allah kita bersedia untuk menerima kesemua jemaah haji Malaysia pada musim haji tahun ini. Apa yang boleh saya kongsikan, kesediaan ketika ini mencecah 90 peratus,”katanya.

Ashrof berkata demikian pada sidang media Pengarah Operasi Madinah di sini semalam.

Pemohon rayuan haji sudah mula terima jawapan

Beliau turut memaklumkan lebih 600 orang telah terpilih menjadi petugas Operasi Haji Tanah Suci (OHTS) tahun ini bagi memastikan semua sektor operasi berada dalam keadaan terbaik sebelum ketibaan jemaah haji Malaysia di Madinah dan Makkah.

Dalam pada itu Ashrof memaklumkan, sebaik sahaja jemaah haji Malaysia tiba di Madinah, mereka akan berkampung di sini selama enam hari bagi mengikuti program yang telah diatur oleh TH.

“Antaranya taklimat oleh TH dan mereka akan mengadakan aktiviti ziarah Rasullulah SAW membabitkan ziarah dalam dan ziarah luar,” katanya.

Rombongan petugas haji ziarah lokasi bersejarah di Madinah

Pada musim haji kali ini, Kerajaan Arab Saudi menyedikan kuota sebanyak 31,600 jemaah kepada Malaysia. – TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan