Search
Close this search box.
Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama para pemimpin Sarawak lain pada sesi pembukaan Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak di Kuching, hari ini. Foto Awang Azmil (TVS)

DUN Sarawak: Abang Johari pemimpin prihatin, komited, berpandangan jauh

ByKimberly Dickson

KUCHING, 6 Mei: Sarawak sangat bertuah kerana mempunyai pemimpin yang prihatin, komited dan berpandangan jauh seperti Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Abang Johari telah banyak membawa pendekatan dan idea-idea baru untuk mempercepat dan mengembangkan ekonomi Sarawak.

“Beliau telah banyak membawa pendekatan dan idea-idea baru untuk mempercepat dan mengembangkan ekonomi Sarawak.

“Ini termasuklah inisiatif ekonomi digital, pembangunan pusat data, tenaga hijau dan tenaga boleh baharu, hidrogen, Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon, ekonomi hijau dan ekonomi kitaran,” katanya berucap pada pembukaan Persidangan Pertama Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19 di sini, hari ini.

Menurutnya lagi, kepimpinan Premier Sarawak telah berjaya menjadikan Sarawak sebagai wilayah berpendapatan tinggi.

“Syabas dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Premier dan pasukan kepimpinan beliau yang membuktikan Sarawak memperolehi pendapatan yang sangat tinggi sejak beberapa tahun lalu.

“Sarawak juga kini menjadi pemain global dan sudah dikenali di seluruh pelosok dunia,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan