Search
Close this search box.
Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi pada perasmian Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak di Kuching, hari ini.

DUN Sarawak: Langkah luluskan RUU pelepasan gas rumah hijau tepat pada masanya

ByAmirah Shawel

KUCHING, 6 Mei: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyifatkan langkah Sarawak meluluskan Rang Undang-Undang Alam Sekitar (Pengurangan Pelepasan Gas Rumah Hijau) 2023 adalah tepat pada masanya.

Menurutnya, masyarakat dunia ketika ini memberi tumpuan serius terhadap isu perubahan iklim dalam usaha mencapai Sasaran Karbon Sifar (Net Zero) menjelang 2050.

“Saya bangga kerana Kerajaan Sarawak telah menjadi perintis bagi inisiatif peralihan kepada Tenaga Boleh Baharu (TBB), untuk mengurangkan pelepasan karbon.

“Ini jelas melalui inisiatif pembangunan tenaga hijau seperti tenaga hijau, solar, biojisim, biofuel, hidrogen, bahan api penerbangan mampan serta pelaksanaan inisiatif pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS),” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ucapan perasmian Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini, hari ini.

Wan Junaidi menambah, usaha kerajaan Sarawak dalam peralihan tenaga dan perdagangan karbon turut meraih sambutan yang memberansangkan daripada pemain industri antarabangsa.

Menurutnya, usaha itu akan membuka lebih banyak peluang pelaburan, perniagaan dan menyediakan pekerjaan baharu buat rakyat Sarawak.

Terdahulu, beliau menyempurnakan Pemeriksaan Kawalan Kehormatan di Dataran Perbarisan DUN.

Persidangan DUN Sarawak kali ini juga adalah istimewa kerana buat kali pertama Wan Junaidi merasmikannya sejak dilantik memegang jawatan Yang di-Pertua Negeri Sarawak pada Februari lepas. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS