Search
Close this search box.
Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar memeriksa Kawalan Kehormatan Utama pada Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Persidangan DUN Sarawak Ke-19 di Dataran Perbarisan DUN Sarawak di Kuching, hari ini. Foto Awang Azmil (TVS)

Tun Wan Junaidi rasmi Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak

ByAmirah Shawel

KUCHING, 6 Mei: Majlis Pembukaan Penggal Ketiga Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19 berjalan dengan penuh istiadat di Dataran Perbarisan DUN Sarawak di sini, hari ini.

Persidangan DUN Sarawak kali ini juga adalah istimewa kerana buat kali pertama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar merasmikan persidangan DUN Sarawak sejak dilantik memegang jawatan berkenaan pada Februari lepas.

Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg diiringi Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar semasa ketibaan di Dewan Undangan Negeri Sarawak, hari ini. Foto Awang Azmil (TVS)

Hadir sama, isterinya, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang serta Speaker DUN Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar serta dif-dif kenamaan lain.

Istiadat pembukaan bermula dengan perarakan masuk panji-panji dengan kekuatan anggota seramai 105 anggota termasuk tiga pegawai dan 102 anggota lain-lain pangkat daripada Polis Diraja Malaysia, diketuai Pegawai Panji Inspektor James Rodney dan Deputi Superintenden Polis Jiffry Ardin.

Sementara itu, Kawalan Kehormatan Utama diiringi oleh Pancaragam PDRM dengan kekuatan seramai 40 anggota yang diketuai Pengarah Pancaragam Inspektor Frankie Billy.

Selesai istiadat pembukaan, aturcara diteruskan dengan pemasyhuran oleh Speaker DUN diikuti dengan ucapan pembukaan oleh Yang di-Pertua Negeri sebelum mesyuarat ditangguhkan.

Sementara itu, persidangan DUN yang bermula 15 hingga 24 Mei ini menyaksikan lima rang undang-undang (RUU) akan dibentangkan.

RUU tersebut ialah RUU Perbekalan Tambahan (2023), 2024; RUU Perbekalan Tambahan (2024), 2024 dan RUU Lembaga Pelabuhan Sarawak yang akan dibentangkan oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Dalam pada itu, dua lagi RUU ialah RUU Perbadanan Perhutanan arawak (Pindaan), 2024 bakal dibentangkan Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan RUU Perlindungan Kesihatan Awam (Pindaan), 2024 oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan