Search
Close this search box.
Sebanyak 11 lembangan sungai yang berpotensi untuk pembangunan sumber kuasa melata telah dikenal pasti di Kapit dan wilayah utara Sarawak. Foto Envato

DUN Sarawak: SEB kenal pasti 11 lembangan sungai untuk bangunkan sumber kuasa melata

ByShafik Ahmad

KUCHING, 9 Mei: Sebanyak 11 lembangan sungai yang berpotensi untuk pembangunan sumber kuasa melata telah dikenal pasti di Kapit dan wilayah utara Sarawak.

Timbalan Menteri Utiliti Dan Telekomunikasi, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata ketika ini kajian sedang dijalankan oleh kerajaan Sarawak bersama Sarawak Energy Berhad (SEB).

“11 lembangan sungai yang berpotensi untuk pembangunan empangan melata atau terminologi baharunya, sumber kuasa melata iaitu di Sungai Tutoh, Sungai Baram, Sungai Tinjar di Miri, Sungai Gaat, Sungai Belaga, Sungai Danum, Sungai Balui dan Sungai Katibas di Kapit, Sungai Trusan, Sungai Lawas, Sungai Tursan di Lawas, dan Sungai Limbang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, Azizul Annuar Adenan mengenai jumlah permohonan projek empangan melata yang telah diterima Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak setakat ini semasa Persidangan DUN Sarawak pada Khamis.

Sebagai permulaan kata Abdul Rahman, Sungai Gaat Kapit telah dipilih sebagai projek rintis untuk mengkaji kemampanan pelaksanaan sumber tenaga tersebut.

Bagaimanapun jelasnya, projek itu hanya akan dilaksanakan sekiranya mendapat persetujuan penduduk setempat.

Kementerian itu juga katanya telah menerima beberapa cadangan daripada wakil rakyat untuk melaksanakan projek tersebut di kawasan masing-masing.

Permohonan boleh dikemukakan secara bertulis kepada Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi untuk pertimbangan lanjut. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS