Search
Close this search box.
Lembaga Tabung Haji (TH) komited menyediakan penginapan lebih selesa kepada seramai 31,600 bakal jemaah haji bagi musim haji 1445H/2024, kata Pengurus Pusat Pengurusan Zon 2 Madinah. Foto TVS

TH sedia penginapan terbaik, demi keselesaan jemaah haji

ByLuqman Muhammad

MADINAH, 9 Mei: Lembaga Tabung Haji (TH) komited menyediakan penginapan lebih selesa kepada seramai 31,600 bakal jemaah haji bagi musim haji 1445H/2024, kata Pengurus Pusat Pengurusan Zon 2 Madinah, Imran Mohamad Hayat.

Imran berkata ia terbahagi kepada dua zon dan membabitkan tiga buah hotel yang terletak berhampiran dengan Masjid Nabawi.

Katanya pemilihan Hotel Movenpick dan Hotel Al-Sajja untuk penginapan di zon satu dan Hotel Emmar di zon dua, dilakukan bagi memastikan jemaah haji terutamanya yang telah berusia, mudah berulang-alik ke masjid untuk melakukan ibadah.

“Insya-Allah kita bagi pihak pengurusan zon sedang melaksanakan yang terbaik dalam memastikan bahawasnya para jemaah haji kita dapat tinggal dengan selamat di hotel ini dan dapat melaksanakan ziarah dengan sempurna,” katanya pada sidang media di sini, baru-baru ini.

Menurutnya lagi, penerbangan pertama yang membawa jemaah haji Malaysia bagi kumpulan KT01 akan ditempatkan di Hotel Emmar Royal.

Hotel Emmar Royal katanya boleh menampung kapasiti seramai 3,000 jemaah, manakala dua lagi hotel di zon satu turut boleh menampung jumlah yang sama.

“Kita di Madinah ini hanya untuk tempoh enam hari lima malam, oleh sebab itu pergerakan jemaah keluar masuk telah pun dijadualkan dengan jemaah yang akan berlepas dari tanah air pada waktu yang berikutnya.

“ini sama ada jemaah yang tiba dari terminal Madinah, mahupun jemaah yang datang dari Mekah selapas melaksanakan ibadah haji,” katanya lagi.

Dalam pada itu katanya lagi, setiap zon akan dilengkapi dengan klinik tambahan yang akan membantu pusat perubatan Madinah yang beroperasi di Hotel Roha Al Madinah.

“Dari segi kemudahan kesihatan di setiap zon akan ada doktor yang bertugas dan juga petugas kesihatan yang akan memberikan khidmat kesihatan kepada jemaah haji ini,” katanya lagi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan