Search
Close this search box.
Sebanyak 12, 850 botol minuman keras yang dianggarkan bernilai RM490, 650 telah disita menerusi penahanan sebuah kontena di Customs Examination Area (CEA) Pelabuhan Senari pada 17 April yang lalu. Foto JKDM Sarawak

Kastam Sarawak sita 12, 850 botol minuman keras bernilai RM490, 650 di Pelabuhan Senari

ByMarzella Sigai

KUCHING, 9 Mei: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak menyita sebanyak 12, 850 botol minuman keras yang dianggarkan bernilai RM490, 650 dengan penahanan sebuah kontena di Customs Examination Area (CEA) Pelabuhan Senari pada 17 April lalu.

Pengarahnya, Norizan Yahya berkata cubaan untuk membawa masuk minuman keras yang disyaki wain pelbagai jenama itu turut melibatkan anggaran jumlah duti dan cukai bernilai RM324 juta ke Sarawak berjaya dipatahkan pasukannya dengan kerjasama Zon Risik Sarawak.

“Hasil pemeriksaan rapi fizikal ke atas kandungan kontena berkenaan, pasukan telah menjumpai kotak yang mengandungi botol pelbagai jenama berisi cecair disyaki minuman keras jenis wain.

“Selain daripada itu, hasil pemeriksaan ke atas dokumen sokongan dan chit borang pengikraran elektronik juga mendapati barangan berkenaan tidak diikrarkan dengan betul serta terdapat beberapa barangan yang tidak mempunyai Kelulusan Had Gerakan (Larangan Pemindahan) (2022) dibawa masuk bersama barangan yang mempunyai kelulusan agar tidak dikesan oleh pihak berkuasa,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Ujar Norizan lagi, kes disiasat di bawah Seksyen 133(1)(a) Akta Kastam 1967 iaitu jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM500,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya sekali.

Dalam pada itu, untuk kesalahan di bawah Seksyen 138, akta yang sama, pesalah boleh didenda tidak melebihi RM50, 000 atau dipenjarakan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

“Sehubungan itu, orang ramai digesa untuk membantu pihak JKDM memerangi jenayah penyeludupan dadah dan barangan yang lain serta dinasihatkan tidak membabitkan diri dengan aktiviti tersebut demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, JKDM juga menyeru kepada orang awam untuk memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti penyeludupan dengan menghubungi Talian Bebas Tol Kastam 1-800-88-8855 atau Pejabat Kastam yang terdekat di semua negeri.

Pihak JKDM juga memberi jaminan bahawa identiti setiap pemberi maklumat adalah dirahsiakan.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan