Search
Close this search box.
Seramai 282 kumpulan pertama jemaah haji negara selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad Bin Abdulaziz, Madinah pada jam 3.50 waktu tempatan Arab Saudi bagi pelaksanaan musim haji 1445H/2024M. Foto Zen Hashim (TVS)

Kumpulan pertama 282 jemaah haji selamat tiba di Madinah

ByLuqman Muhammad

MADINAH, 9 Mei: Kumpulan pertama jemaah haji terdiri seramai 282 orang selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad Bin Abdulaziz, Madinah pada jam 3.50 pagi tadi waktu tempatan.

Mereka yang terdiri daripada jemaah dari negeri Kedah dan Kelantan itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 12.05 tengah malam (9 Mei) dari KLIA dengan menaiki pesawat Malaysia Airlines MH 805.

Majlis perlepasan kumpulan pertama jemaah haji tersebut telah disempurnakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar bersama Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Tan Sri Abdul Rashid Hussain di KLIA.

Seramai 282 kumpulan pertama jemaah haji negara selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad Bin Abdulaziz, Madinah pada jam 3.50 waktu tempatan Arab Saudi bagi pelaksanaan musim haji 1445H/2024M. Foto Zen Hashim (TVS)

Sebaik tiba jemaah haji kumpulan pertama ini kemudianya bergerak ke Hotel Emmar Royal bagi penginapan di zon dua.

Ketibaan mereka telah disambut oleh Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah Roslan Sharif, Timbalan Ketua Rombongan Haji Kebajikan, Mohamed Heikal Mohamed Yusuff, Timbalan Ketua Rombongan Haji Perubatan, Dr Marsudi Manah dan Pengarah Operasi Madinah Ashrof Shamsuddin.

Selain dari Hotel Emmar Royal terdapat dua lagi hotel lain di zon satu yang turut akan digunakan oleh pihak Tabung Haji bagi operasi musim haji tahun ini.

Pengoperasian penginapan itu melibatkan Hotel Movenpick dan Hotel Al-Sajja yang terletak berhampiran dengan Masjid Nabawi.

Untuk rekod pecahan jemaah kumpulan pertama KT01 musim haji tahun ini melibatkan 115 jemaah lelaki dan 167 jemaah perempuan.

Dua penerbangan dijadualkan tiba hari ini iaitu KT01 dan KT02 dengan membawa seramai 563 orang jemaah haji secara keseluruhan.

Bagi kumpulan kedua jemaah haji yang akan mendarat di Madinah akan menginap di Hotel Saia Al Madinah.

Pada tahun ini Kerajaan Arab Saudi telah menetapkan kuota 31,600 jemaah haji untuk Malaysia. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan