Resepi Daging Masak Hitam Sarawak & Sirap Bandung Selasih
Bahan-Bahan:
300g daging
5 sudu gula apong
70g kismis hitam
30g kerisik
3 sudu kicap pekat
4 sudu cili kisar
1 serai
5 bawang putih
5 bawang merah
2cm lengkuas
2 sudu serbuk rempah kurma
4 sudu kerisik
1 kayu manis
1 buah pelaga
3 bunga cengkih
3 bunga lawang
Garam
Gula
Cara memasak:
Potong dadu daging
Kisar bawang merah, bawang putih dan lengkuas
Perap daging dengan kicap pekat dan gula apong
Tumis bahan kisar dan masukkan cili kisar, kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang
Masak sehingga naik bau dan masukkan serai, serbuk jintan manis, kerisik dan daging perap
Biarkan sehingga daging masak
Sedia dihidag
Bahan-bahan:
1/4 tin susu pekat
2 sudu sirap rose
5g selasih
Cara penyediaan:
Kembangkan selasih dengan air masak
Masukkan sirap rose dan susu pekat
Masukkan ais dan air
Letakkan selasih di atas
Sedia dihidang
Resepi Ketam Goreng Telur Masin & Sayur Midin Goreng Belacan
Bahan-bahan:
5 ekor Ketam
7 biji bawang putih
6 biji Telur masin direbus
3 tangkai daun kari
3 cili padi
5 sudu mentega
1/2 tin Susu cair
Gula
Garam
Cara memasak:
Potong setengah setiap ketam
Goreng kering ketam
Cincang halus bawang putih dan cili padi
Cairkan mentega dan tumis bahan cincang
Masukkan daun kari
Masukkan Ketam
Tambah susu cair dan kuning telur masin
Masak selama 3 minit
Sedia dihidang
Bahan-bahan:
1 ikat sayur midin
5 bawang merah
3 tangkai cili padi
2 sudu udang kering
1 cm belacan
Garam
Gula
Cara memasak:
Kisar bawang merah, cili padi, udang kering dan belacan
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar
Masak sehingga naik bau
Masukkan midin dan tunggu selama 2 minit
Masukkan garam dan gula
Sedia dihidang
Resepi Sup Ikan Tenggiri & Kerabu Mangga
Bahan-bahan:
4 ketul ikan tenggiri
3 biji bawang putih
2 biji bawang merah
2 cm halia
1 batang serai
2 sudu air asam jawa
Serbuk kunyit
2 cili padi
Cara memasak:
Didihkan 400ml air
Kisar bawang putih, bawang merah dan halia
Tumis bahan kisar ke dalam air yang mendidih
Masukkan serai yang dititik dan biarkan mendidih
Masukkan ikan tenggiri, serbuk kunyit dan air asam jawa
Biarkan mendidih dan masukkan cili padi
Sedia dihidang
Bahan-bahan:
2 biji mangga epal
1/2 kuntum bunga kantan
1 biji bawang besar.
7 biji cili padi,
10g udang kering
10g kacang kisar
9 biji limau kasturi
2 sudu besar sos ikan
Gula
Cara memasak:
Parut mangga epal
Hiris halus bunga kantan, bawang besar dan cili padi
Campur mangga parut dengan bahan hirisan
Perah limau kasturi bersama campuran mangga
Tambah sedikit sos ikan & gula
Sedia dihidang
Resepi Ayam Kacangma & Sambal Tumis Telur Rebus
Bahan-bahan:
1 dada ayam
7 inci halia
1 cawan daun kacangma
1/2 cawan air
Garam
Cara memasak:
Perap ayam dengan daun kacangma & halia
Masak tanpa minyak
Masukkan sedikit air sedikit demi sedikit sehigga ayam masak
Masukkan garam
Biarkan kering
Sedia dihidang
Bahan-bahan:
4 biji telur rebus
1 bawang besar
3 sudu cili kisar
3 sudu air asam jawa
1 sb gula apong
Garam
5 biji bawang merah
Cara memasak:
Goreng telur rebus
Kisar bawang merah, bawang besar dan bawang putih
Tumis bahan kisar bersama cili kisar
Masak sehingga pecah minyak
Masukkan gula apong, garam dan air asam jawa
Masukkan telur rebus yang sudah digoreng
Masak selama 3 mint
Sedia dihidang
Resepi Mee Kolok Ayam Cendawan dan Tumpik & Sos Kurma
Bahan-bahan:
200 g Ayam potong dadu
4 keping mi kolok kering
5 keping cendawan shitake
4 ulas bawang putih
4 bawang merang
1 cawan Minyak bawang
2 sudu sos tiram
2 sudu kicap manis
2 sudu kicap pekat
1 sudu tepung jagung
Garam
Lada putih
Cara memasak:
Celur mi kolok
Cincang halus bawang putih & bawang merah
Hiris cendawan shitake
Tumis bahan cincang & cendawan sehingga naik bau
Masukkan ayam dan masukkan sos tiram, kicap manis & kicap pekat
Campurkan dengan mi kolok yang sudah direbus
Masukkan sawi dan tauge
Sedia dihidang
Bahan-bahan:
200g Cawan Tepung Lemantak
1/2 Cawan Kelapa Parut
9 biji Kurma
1 cawan Susu Badam
Garam
Cara memasak:
Tapis tepung lemantak sehingga halus
Campurkan tepung lemantak dengan kelapa parut
Masukkan sedikit garam
Masak selama 10 minit
Kisar susu badam dan kurma yang sudah direndam
Sedia dihidang
Resepi Ayam Percik Kelantan & Pengat Pisang dan Kurma
Bahan bahan:
1/2 ekor ayam
20 bawang merah
15 bawang putih
6cm halia
2 cawan santan pekat
1 batang serai
11 tangkai cili kering
3 asam keping
Garam
Gula
Cara memasak:
Kisar bawang merah, bawang putih dan halia
Bahagi kepada 2 bahagian
Perap ayam dengan bahan kisar
Kisar cili kering
Tumis bahan kisar dan cili kisar sehingga naik bau
Masukkan serai dan asam keping
Letakkan garam dan gula
Bakar ayam yang telah diperap selama 20 minit setiap sisi
Letakkan kuah ke atas ayam bakar
Sedia dihidang”
Bahan-bahan:
2 biji pisang
7 biji buah kurma
3 sudu gula apong
1 helai daun pandan disimpul
2 cawan air
1 kotak santan
Gula perang
Garam
Cara memasak:
Didihkan air, masukkan gula apong dan daun pandan
Masukkan garam & gula perang
Masak sehingga larut dan masukkan santan
Tunggu mendidih dan masukkan pisang dan kurma
Masak sehingga 5 minit
Sedia dihidang”
Resepi Mee Kolok Goreng & Cucur Keledek dan Kurma
Bahan-bahan:
4 keping mi kolok kering
100g hirisan ayam
2 sudu cili kisar
1 sudu kicap pekat
3 sudu kicap manis
1 cawan minyak bawang
1 biji telur
50g sawi
50g taugeh
garam
Cara memasak:
Celur mi kolok kering
Campurkan mi kolok dengan minyak bawang
Goreng telur seketika dan masukkan cili kisar
Masukkan ayam dan tunggu selama 2 minit sehingga masak
Masukkan mi kolok, kicap pekat dan kicap manis
Gaul sehingga sebati dan masak selama 3 minit
Sedia dihidang
Bahan-bahan:
200g Keledek rebus
7 biji Kurma
100g Tepung gandum
Garam
Cara memasak:
Lenyek keledek rebus
Campurkan tepung gandum dan garam
Bentukkan bulat dan goreng sehingga keemasan
Sedia dihidang
Resipi Terung Asam Bakar Balado & Sagu Gula Apong
Bahan-bahan:
1 biji terung asam
3 cili padi
3 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
5g ikan bilis
2 cm belacan
1 helai daun kunyit
Gula
Garam
Cara memasak:
Bakar terung asam sehingga kulit kehitaman
Kisar bawang merah, bawang putih, cili padi, belacan & ikan bilis
Tumis bahan kisar sehingga naik bau
Masukkan hirisan daun kunyit
Hiris terung asam & letakkan sambal diatas terung asam
Sedia dihidang
Bahan-bahan:
1 cawan sagu merah
1/2 cawan gula apong
1 cawan santan
Cara penyediaan:
Rebus sagu sehingga masak
Cairkan gula apong
Masak santan dan masukkan secubit garam
Sedia dihidang
Resipi Nasi Goreng Dabai & Rojak Sotong Kangkung
Bahan-bahan:
6 bawang merah
3 bawang putih
6 biji cili kering
Garam
5 dabai jeruk
2 mangkuk nasi
Cara memasak
Kisar bawang merah, bawang putih dan cili kering
Tumis bahan kisar sehingga naik bau
Masukkan dabai jeruk dan nasi
Goreng sehingga sebati
Masak selama 3 minit
Sedia dihidang
Bahan-bahan:
3 ekor sotong kembang
300g kangkung
3 sudu sos plum
6 sudu petis
1 biji limau
6 sudu kacang tumbuk
1 sudu gula
2 sudu teh cili tumbuk
Cara penyediaan:
Potong memanjang sotong kembang
Potong kangkung sepanjang 5 cm setiap batang
Campurkan petis bersama sos plum
Campur sotong dan kangkung dengan petis yang sudah dicampur sos plum
Tambah kacang dan cili tumbuk
Sedia dihidang
Resipi Kari Ayam Nyonya & Susu Kurma Cincau
Bahan-bahan:
Bahan A – Perap
500g ayam
1 sudu serbuk kunyit
1 sudu kecil minyak jagung
Garam
1 cawan santan
2 sudu asam jawa
2 sudu gula apong
1 bawang besar
10 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
4 cm halia
1/2 inci lengkuas
1/2 inci kunyit hidup
6 biji buah keras
2 helai daun limau purut
3 batang serai
4 sudu Cili kisar
4 sudu besar minyak sayuran
Cara memasak:
Kisar bawang besar, bawang merah, bawang putih, lengkuas, kunyit hidup, buah keras, serai dan daun limau purut
Perap ayam dengan serbuk kunyit dan garam
Tumis bahan kisar termasuk cili kisar
Masak sehingga pecah minyak
Masukkan ayam dan air asam jawa
Tunggu selamat 2 minit
Masukkan garam, gula apong dan santan
Masak selama 7 minit
Sedia dihidang
Bahan-bahan:
1 kotak Susu segar
11 biji kurma
100g Cincau
Cara penyediaan:
Kisar kurma dan susu segar
Masukkan bahan kisar ke dalam gelas
Masukkan cincau dan ais batu
Sedia dihidang
Resipi Ikan Masin Terung Asam & Umai Dahfa
Bahan-bahan:
3 keping ikan masin
1 biji bawang merah
4 biji bawang putih
1 sudu penambah perasa
1 sudu serbuk cili
1 biji terung asam dayak
Cara memasak:
Mayang halus bawang merah dan bawang putih
Tumis bahan yang dimayang halus, serbuk cili & ikan masin dipotong halus
Masak sehingga naik bau
Masukkan terung asam & 500ml air
Masak sehingga mendidih
Sedia dihidang
Bahan-bahan:
120g snek filet ikan
1 inci halia
3 tangkai Cili merah
2 tangkai cili padi
1 cili hijau
2 ulas bawang merah
9 biji limau kasturi
Garam
Gula
Cara memasak:
Hiris bawang merah, cili merah, cili padi, cili hijau dan halia
Campur bahan hirisan ke dalam snek filet ikan
Tambahkan air perahan limau kasturi
Masukkan garam & gula
Sedia dihidang”
Resipi Nasi Briyani Kambing & Ubi Kayu Rebus Gula Apong
Bahan-bahan:
100g beras basmathi
100g kambing
3 bunga lawang
2 kayu manis
7 buah pelaga
9 tangkai bunga cengkih
3 sudu besar serbuk ketumbar
3 sudu besar serbuk jintan manis
3 sudu besar serbuk jintan putih
3 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu lada putih
2 biji bawang besar
3 biji buah tomato
1 labu bawang putih
3 cm halia
1 ½ cawan yoghurt
2 helai bay leave
Minyak zaitun
Minyak Sapi
½ cawan susu cair
Pewarna kuning
Garam
Gula
Cara memasak:
Kisar bawang putih & tumis bersama minyak masak dan minyak sapi
Masukkan hirisan halia, serbuk jintan manis, serbuk jintan putih, serbuk ketumbar dan serbuk lada putih
Masak sehingga naik bau dan letakkan sedikit air
Masukkan kambing dan masak selama 1 jam
Masukkan tomato dan susu cair
Tambah garam dan gula
Masak & reneh selama 30 minit
Didihkan 2 liter air untuk beras
Masukkan bunga lawang, kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih
Biar sehingga mendidih dan masukkan beras basmathi
Biarkan masak selama 15 minit
Tapis beras basmathi yang telah masak
Masakkan bersama minyak kuah kambing yang sudah masak
Lapis nasi dan kambing yang sudah masak
Biarkan selamat 10 minit & campur sebati
Sedia dihidang
Bahan-bahan:
2 ketul kecil ubi kayu
1/2 cawan kelapa parut
2 sudu gula apong or gula melaka
Garam
Cara penyediaan:
Rebus ubi kayu
Campurkan kelapa parut dengan garam
Letakkan gula apong dalam bekas
Sedia dihidang
Resipi Umbut Kelapa Masak Lemak & Sambal Petai Udang
Bahan-bahan:
200g umbut kelapa sawit
2 cawan santan
50g ikan rebus
5 biji bawang merah
2 cili merah
Garam secukup rasa
Cara memasak:
Mayang halus bawang merah dan cili merah
Tumis bahan yang dimayang sehingga naik bau
Masukkan ikan rebus & umnut kelapa sawit
Letakkan garam secukup rasa
Masak sehingga 7 minit
Sedia dihidang
Bahan-bahan:
100g gram udang
1 biji bawang besar
4 bawang putih
1 cm halia
80g petai
1 batang serai
20g cili kering
Garam & gula secukup rasa
Cara memasak:
Kisar bawang besar, bawang putih, halia & cili kering
Tumis bahan kisar sehingga naik bau
Masukkan serai yang dititik & petai
Biarkan selama 2 minit dan masukkan udang
Tambah garam dan gula secukup rasa
Sedia dihidang
Resipi Kari Ikan Tongkol & Jus Tembikai Laici
Bahan-bahan:
6 potong ikan tongkol
5 kacang bendi
2 biji tomato
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia
2 sudu makan cili giling
1 sudu serbuk kari
1/2 cawan air asam jawa
1 cawan santan pekat
Gula
Garam
Cara memasak
Kisar bawang merah, bawang putih & halia
Tumis bahan kisar & masukkan cili kisar dan serbuk kari
Biar sehingga naik bau
Masukkan ikan tongkol & air asam jawa
Biar sehingga mendidih
Masukkan santan
Tambah garam dan gula
Masak selama 7 minit
Sedia dihidang
Bahan-bahan :
1/2 biji tembikai
1 tin laici
5 sudu gula
Ais
Cara penyediaan
Kisar tembikai & laici bersama gula
Masukkan gula
Sedia dihidang
Resipi
Bahan-bahan:
200 gm bihun
2 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
50 gm belacan
50 gm udang kering
1/2 batang timun
2 sudu tepung jagung
10g tauge
1 biji telur padi
Garam & gula secukup rasa
Cara memasak:
Kisar bawang putih, bawang merah, belacan
Tumis bahan kisar sehingga naik bau
Letakkan 1 liter air & bancuhan air tepung jagung
Masukkan garam & gula
Masak sehingga mendidih
Celur bihun, tauge & hiris nipis timun
Hias bersama telur padi
Sedia dihidang
Bahan-bahan:
10 keping roti
4 biji telur
9 biji kurma
1/2 susu pekat
1/2 cawan oat
1 sudu kecil serbuk kopi
1/4 sudu kecil esen vanilla
Cara memasak:
Pukul telur, susu pekat, esen vanila. serbuk kopi
Salut roti bersama bahan pukul
Sapukan minyak pada acuan
Susun roti yang sudah disalu dengan lapisan oat dan kurma
Kukus selama 30 minit dengan 180 darjah celsius
Resipi
Bahan-bahan:
2 potong daging kambing
2 sudu sos tiram
3 sudu sos lada hitam
2 sudu cili kisar
5 sudu kicap manis
2 cm halis
2g Serbuk lada hitam
1/2 sudu daun rosemary
Gula secukup rasa
Cara masak:
Perap daging kambing dengan sos tiram, sos lada hitam, kicap manis, cili kisar
Masukkan serbuk lada hitam, daun rosemary & gula
Masak selama 7 minit disetiap sisi
Sedia dihidang
Bahan-bahan:
10 keping roti
2 buah epal
5 biji kurma
1 sudu makan kismis
1 sudu makan gula perang
1/4 sudu serbuk kulit kayu manis
1/4 sudu serbuk vanila
3 sudu tepung jagung
3 biji telur
Serbuk roti
Cara penyediaan:
Masak epal, kurma, gula perang, serbuk kulit kayu manis & serbuk vanila
Letakkan air bancuhan tepung jagung & masak sehingga memekat
Leperkan roti & masukkan inti yang sudah dimasak
Salut dengan telur dan serbuk roti
Goreng selama sehingga keemasan
Sedia dihidang
Resipi
Bahan-bahan:
100g paket bumbu beras
100g daging cincang
50g kacang panjang, jagung muda, midin, fucuk, cendawan cina
50g tangkai pucuk ubi
5 helai pucuk buas
100g pucuk mengkudu
5 tangkai daun kunyit
5 biji cili kering
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 cawan pati santan
Garam
Gula
100g lobak merah & kentang
Cara memasak:
Kisar bawang merah, bawang putih & cili kering
Hiris halus & nipis kacang panjang, fucuk, daun mengkudu, daun kunyit & pucuk buas
Hiris pucuk ubi, jagung muda, cendawan cina, lobak merah & kentang
Tumis bahan kisar, daging dan masukkan bumbu beras sehingga naik bau
Masukkan lobak, kentang, bahan yang dihiris halus & nipis
Masukkan 500ml air & tunggu sehingga mendidih
Masukkan pucuk ubi, jagung muda, cendawan cina
Masukkan santan & masak sehingga mendidih
Letakkan garam & gula
Sedia dihidang
Bahan-bahan:
1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat
Buah mangga tin
1 tin laici
1 bekas Nata de coco
1 bungkus sumi
Ais batu
Cara penyediaan:
Campur mangga, nata de coco, sumi dan ais batu
Masukkan susu cair & susu pekat
Sedia dihidang
Resipi
Bahan-bahan :
1 ekor Ikan terubuk
1 Bawang besar
3 Cili padi
Perahan air limau nipis
Cara memasak
Goreng ikan terubuk
Potong bawang besar dan cili padi letakkan sedikit air limau nipis
Sedia dihidang
Bahan-bahan:
500g beras
200g daging
1 bungkus kecil rempah sup
1 cawan santan
2g lada hitam
5 biji bawang merah
6 biji bawang putih
2cm halia
2 biji kentang
1 Lobak merah
Daun sup
Cara memasak:
Kisar bawang merah, bawang putih
Tumis bahan kisar sehingga naik bau
Masukkan rempah & halis sehingga naik bau
Masukkan beras, kentang, santan & lobak merah
Letakkan 2 liter air, masukkan daging, lada hitam
Masak selama 30 minit
Sedia dihidang
Resipi
Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam
5 biji bawang merah
1 biji bawang besar
3 cili padi
2 sudu biji ketumbar
2 cm halia
1 serai
Garam
3 sudu gula apong
Cara memasak
Kisar bawang besar, bawang merah, cili padi, halia & serai
Salut bahan kisar dengan ayam
Masukkan gula apong, garam & biji ketumbar
Masak selama 15 minit di kedua-dua sisi
Sedia dihidang
Bahan-bahan:
500g udang
5 biji bawang besar
3 biji cili padi merah
2 tangkai daun ketumbar
1 serai
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 cawan cuka
Garam
Gula
Cara membuat:
Hiris bawang besar, bawang merah, bawang putih, halia, serai & daun ketumbar
Campurkan bahan hiris dengan udang dan letakkan cuka
Masukkan garam & gula
Tunggu sehingga 10 minit
Sedia dihidang
Resipi
Bahan-bahan:
500g ayam
1 biji bawang besar
10g cili giling
1 inci halia
4 batang serai
4 sudu besar sos ikan
2 sudu kecil lada hitam
100 g cili padi
50 g daun sup dan bawang
Garam
Gula
Cara memasak:
Mayang halus bawang besar, bawang merah, serai, kesemua cili dan halia
Tumiskan bahan yang dimayang halus
Masukkan lada hitam
Tunggu sehingga naik bau
Masukkan ayam & tunggu seketika
Masukkan sos ikan & biarkan masak
Sedia dihidang
Bahan-bahan:
3 biji pisang
1 cawan susu badam
7 biji kurma
4 sudu gula perang
Cara membuat:
Masukkan kurma dicarik, segelas susu badam
Masukkan pisang & sedikit gula
Kisar sehingga halus
Sedia dihidang
Resipi
Bahan-bahan:
100g isi ayam
200g pes laksa Sarawak
300g bihun
5 ekor udang
1 cawan santan
10g daun ketumbar
2 batang serai
50g tauge
1 kiub pati ayam
2 biji telur
4 biji limau
3 tangkai cili padi
5 batang cili merah
1 inci belacan
1/2 sudu teh garam
3 sudu air perahan limau nipis
Garam
Gula
Cara memasak:
Rebus udang & isi ayam
Masak pes laksa dan letakkan air rebusan udang
Masukkan serai dan tunggu sehingga mendidih
Masukkan 1 cawan santan
Celur bihun dan taugeh
Kisar cili padi, cili merah, belacan, air limau nipis dan letakkan garam & gula untuk dijadikan sambal
Sedia dihidang
Bahan-bahan:
2 biji telur
1 sudu teh esen vanila
1 cawan Gula
200 ml susu penuh krim
150 ml susu sejat | boleh kurangkan ikut suka
7 biji kurma | dibuang biji dan dihiris
Cara memasak
Masak gula dengan air untuk dijadikan gula hangus
Pukul telur bersama esen vanila, susu penuh krim, susu sejat & kurma
Kukus bahan telur dengan gula hangus selama 30 minit
Sedia dihidang
Resipi
Bahan-bahan:
2 ekor ikan tenggiri
7 bj kurma (buang biji)
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
7 biji cili padi
5 bj cili merah
3 asam keping
1 serai diketuk
2 helai daun salam
1 cawan santan
10g Bawang goreng
Cara memasak:
Kisar bawang besar, bawang putih & cili padi
Tumis bahan kisar, letakkan asam keping & kurma
Masukkan serai yang diketuk & daun salam
Masukkan ikan tenggiri setelah bahan tumis naik bau
Letakkan santan dan 1/2 cawan air
Tunggu sehingga mendidih
Sedia dihidang
Bahan-bahan:
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
5g makan udang kering
5 biji cili padi
3 cm halia
3 biji buah keras
3 timun
2 lobak merah
2 biji cili merah
2 biji cili hijau
3 sudu makan cuka
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil bijan sudah disangai
800gram keropok
Cara memasak:
Kisar bawang putih, bawang merah, udang kering, cili padi & buah keras
Potong kecil memanjang lobak merah, timun, cili merah & hijau
Tumis bahan kisar sehingga naik bau, letakkan 3 sudu makan cuka & serbuk kunyit
Masukkan lobak merah, timun dan cili yang sudah dipotong
Tunggu selama 3 minit
Masukkan bijan yang sudah disangai
Masak selama 3 minit
Sedia dihadang bersama keropok
Resipi:
Bahan-bahan:
6 biji bawang merah
2cm halia
2cm kunyit hidup
5 biji bawang putih
4 ketul ikan pari dipotong
Minyak
2 sudu kecil halba
1 batang serai
2 helai daun limau purut
1 mangkuk cili giling
1/4 air asam jawa
Garam
Gula
Cara memasak:
Kisar bawang, halia, belacan, kunyit,
Tumis bahan kisar sehingga naik bau
Masukkan halba, cili giling & air asam jawa
Masukkan ikan pari
Biarkan sehingga masak
Sedia dihidang
Bahan-bahan:
200g udang saiz sederhana
100g tepung gandum
4 ulas bawang putih
2 biji cili api
2 sudu makan marjerin
6 sudu makan bijirin (nestum)
2 tangkai daun kari
garam
gula
Cara memasak:
Cincang halus bawang putih
Potong kasar cili padi
Salutkan udang dengan tepung gandum
Panaskan kuali & masukkan marjerin
Tumis bawang putih cincang, cili dan daun kari
Masukkan bijirin nestum
Biarkan selama 2 minit
Masukkan udang goreng
Sedia dihidang
Resepi
Bahan-bahan:
500g Ayam
150g pucuk ubi
Tiga batang serai
Tiga inchi halia
1/2 batang bunga kantan
Tiga batang Tepus
Garam
Cara memasak:
Sediakan 5 cawan air & biarkan mendidih
Masukkan halia, serai & bunga kantan yang dimayang halus
Biarkan mendidih selama 2 minit
Masukkan ayam & pucuk ubi yang carik
Masukkan garam, biarkan masak seketika
Sedia dihidang
Bahan-bahan:
20g Ikan bilis
50g tempoyak
2 biji bawang merah
2 biji bawang putih
Minyak masak
5 biji cili padi
2 biji cili merah
Garam
Gula
Cara memasak:
Panaskan minyak
Masukkan bawang merah, bawang putih, cili yang dimayang halus
Masukkan ikan bilis dan tempoyak
Masak sehingga kecoklatan & letak sedikit gula
Sedia dihidang
Resepi
Bahan-bahan :
2 sudu besar biji ketumbar
1 sudu besar jintan putih
1 sudu besar lada hitam
1 sudu kecil bunga cengkih
8 biji buah pelaga
1 batang kayu manis
2 helai daun salam kering
Bahan-bahan untuk nasi mandy:
2 cawan beras basmathi
air secukupnya untuk rendam
3-4 sudu besar minyak sapi
½ biji bawang holland
5-6 ulas bawang putih
3 tangkai cili hijau
1 – 1 ½ sudu besar rempah mandi
6 cawan stok rebusan ayam
1 genggam kecil kismis hitam
garam secukup rasa
Bahan-bahan untuk rebusan ayam:
2-3 sudu besar minyak masak
2 helai daun salam
1 batang kayu manis
2 sudu kecil lada hitam
½ biji bawang holland
10 cawan air
1 kiub ayam
1 ekor ayam
1 sudu besar rempah mandy
Bahan-bahan untuk sapuan ayam:
2 sudu besar minyak zaitun
1 sudu kecil serbuk smoked paprika/serbuk cili
Sedikit pewarna kuning
1 sudu besar jus lemon
½ sudu besar rempah mandi
Cara memasak:
Sangai sehingga naik bau bahan kering: biji ketumbar,jintan hitam, lada hitam, buah pelaga,
kayu manis, bunga cengkih & daun salam
Kisar bahan kering yang telah disangai
Rendam beras basmathi
Tumis bawang holland dimayang halus
letakkan 2 helai daun salam
Letakkan air dan masukkan ayam untuk direbus
Masukkan sekali rempah yang sudah dikisar
Ketepikan ayam yang sudah dimasak
Simpan air rebusan ayam
Masukkan 2 sudu minyak zaitun ke dalam mangkuk kecil
1 sudu kecil serbuk paprika
3 titis pewarna makanan
2 sudu jus lemon
1/2 sudu rempah mandy yang dikisar
Sapu dipermukan ayam yang direbus
Masukkan 3 sudu minyak sapi dalam periuk
Bawang holland & putih yang dipotong dadu
Cili hijau yang dipotong
1 sudu 1/2 rempah mandy
4 cawan stok ayam
1 genggam kismis hitam
2 cawan beras basmathi
Letakkan sedikit garam sebagai penampah perasa
Tunggu sehingga masak & siap dihidang dengan ayam
Sedia dihidang
Bahan-bahan:
100g pek tempe
1 mangkuk ikan bilis
1 ulas bawang putih
7 biji bawang merah
3 sudu besar cili kisar
2 sudu gula
Cara memasak:
Tumis bawang yang dicincang halus
Masukkan cili boh sehingga naik bau
Masukkan sedikit gula & masak dalam 3 minit
Masukkan tempe & ikan bilis yang sudah digoreng
Sedia dihidang
Resipi
Bahan-bahan:
6 ekor ikan kembung saiz kecil
Daun kunyit
Bunga kantan
Daun pisang secukupnya
6 ulas bawang merah kecil
6 ulas bawang putih
2 inci halia
2 inci kunyit hidup
5 biji cili padi merah
1 sudu makan asam jawa
Sedikit garam & perasa
Cara memasak:
Kisar bawang putih, bawang merah, kunyit, halia dan cili merah
Mayang halus bunga kantan & daun kunyit
Campurkan bahan kisar dengan bahan yang dimayang halus bersama ikan kembung
Campurkan sedikit asam jawa
Masukkan garam secukup rasa dan bungkus dengan daun pisang
Masak selama 5 minit disetiap belah
Sedia dihidang.
Bahan-bahan:
1/2 kg keledek oren
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sdb tepung beras
1 sdm marjerin
1 sdk baking powder
150 g gula apong
1 sdb gula kastor
5 sdb air
Garam
Cara memasak:
Campurkan marjerin terlebih dahulu
Seterusnnya, masukkan kesemua bahan kering ke dalam keledek rebus
Uli keledek rebus sehingga sebati
Bentukkan bulat & masak ke dalam minyak panas
Masakkan gula apong & air sehingga sebati
Boleh salut gula apong bersama keria yang sudah digoreng
Sedia untuk dihidang.
Aroma Sungkei membuka tirai dengan berkongsi resipi Mee Jawa & Sambal Pusuk Sarawak 😋
Resipi:
Bahan-bahan:
500g Ambal
3 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
3 cm halia
2 batang serai
3 sudu besar serbuk kari ikan
1/2 sudu besar serbuk cili
1/2 cawan santan
Cara memasak:
Kisar bawang putih, merah & halia dan tumis sehingga naik bau
Masukkan serbuk kari & serbuk cili dan ambal yang telah direbus
Tunggu selama 2 minit dan masukkan santan
Biarkan mendidih dan siap dihidang.
Sedia dihidang.
Bahan-bahan:
350g pulut hitam
6 cawan air, untuk merebus pulut
1/2 cawan santan pekat
1/2 cawan santan cair
2 helai daun pandan
3 sudu cawan gula
5 sudu gula apong
1 sudu secukup rasa
Cara memasak:
Rendam pulut hitam sehari semalam dan rebus dengan 6 cawan air & daun pandan
Masukkan 5 sudu gula apong, 3 sudu gula dan secubit garam
Biarkan mendidih dan masukkan santan pekat satu cawan
Biarkan mendidih selama 2 minit & masukkan santan cair
Biarkan mendidih
Sedia dihidang