Apa yang menariknya di Episod 9 Hustle Hasil, pengacara Arabyrd membawakan penonton tentang anyaman tradisional yang dikontemporarikan mengikut perubahan masa. Puan Lahai akan berkongsi jenis kraf yang dihasilkan!
Pengacara Arabyrd dan team Hustle Hasil menempuh perjalanan selama 6 jam dari lawas ke Ba’Kelalan untuk berjumpa dengan Puan Ramina yang menggunakan tumbuh-tumbuhan di sana dalam penghasilan seninya. Nak tahu apakah penghasilan seni Puan Ramina? Jom saksikan Hustle Hasil Episod 8!
Masih ramai yang tidak tahu mengenai jenis anyaman. Jadi, kali ini team Hustle Hasil akan membawa penonton untuk berkunjung ke Kampung Entayan Keropok berjumpa dengan Mak Cik Manoi untuk melihat bagaimana melakukan anyaman menggunakan batang bemban hanya dalam Hustle Hasil!
Kali ini, Hustle Hasil ke rumah Gare, Sungai Kain Kapit untuk menyelami kejaiban Pua Kumbu. Jangan terlepas peluang untuk saksikan Episod 6, Hustle Hasil!
Apa yang menarik di Episod 5 kali ini, pengacara Arabyrd telah berkunjung ke Gedong Songket. Khabarnya,pemilik Gedong Songket berpengalaman selama 15 tahun. Hustle Hasil tak sabar nak bawakan perkembangan songket masa kini! Ikuti kisah pemilik Gedong Songket, Ramtini Waiti.
Pengacara Arabyrd kali ini berkunjung ke rumah Usahawan Wanita Sadong Jaya. Selami perkongsian Puan Piyut bt Jawi mengenai kraf batik yang sudah tidak asing lagi bagi masyarakat di Sarawak. Kenali pelbagai jenis corak atau motif batik hanya dalam Hustle Hasil Season 3, Episod 4
Episod kali ini pengacara Arabyrd membawa penonton ke Sadong Jaya untuk melawat Lamin Dana, sebuah rumah penginapan dan juga tempat dimana budaya dan seni kraf kaum Melanau menjadi tumpuan utama. Ditubuhkan pada tahun 1999 oleh pengasasn Diana Rose, Lamin Dana kini menjadi antara tarikan pelancong utama Mukah baik di peringkat negeri, hingga antarabangsa.
Episod kali ini pengacara Arabyrd membawa penonton ke Mukah untuk melawat Lamin Dana, sebuah rumah penginapan dan juga tempat dimana budaya dan seni kraf kaum Melanau menjadi tumpuan utama. Ditubuhkan pada tahun 1999 oleh pengasasn Diana Rose, Lamin Dana kini menjadi antara tarikan pelancong utama Mukah baik di peringkat negeri, hingga antarabangsa.
Episod Hustle Hasil kali ini mengikuti pengacara Arabyrd bersama tetamu khas Dato’Sri Nancy Shukri untuk memahami kepelbagaian kraf, peranan kementerian dalam mengangkat imej dan kualiti kraftangan Sarawak serta capaian industri kraftangan di Malaysia khususnya di Sarawak.