Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg(tengah) ketika menerima kunjungan hormat PKMM Cawangan Sarawak yang diwakili Ismail Suut dan Dr Zaeidi Suhaili di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia pada Jumaat. Foto TVS.

PKMM Sarawak cadang tubuh pusat inkubator dan bimbingan usahawan

KUCHING, 24 Feb: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini menerima kunjungan hormat daripada Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Cawangan Sarawak di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia.

Kunjungan sekitar 30 minit itu diketuai Yang Dipertua PKMM Sarawak Dato Ismail Suut dan Penasihat PKMM Sarawak Dato Dr Zaeidi Suhaili.

Dalam pertemuan ringkas berkenaan, pikhak PKMM menyampaikan hasrat untuk mewujudkan beberapa bahagian bangunan sebagai Pusat Inkubator dan Bimbingan Usahawan (PIBU).

Cadangan berkenaan merangkumi menyewa pusat tersebut kepada ahli-ahli atau kontraktor yang memerlukan tempat untuk kegunaan pejabat mereka.

Pusat itu sekali gus memudahkan ahli persatuan untuk menjalankan operasi pejabat secara sementara sebelum memiliki premis tetap.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan