Search
Close this search box.
Gambar hiasan. Foto: Envato.

DUN Sarawak: RM2.9 juta tambah baik ‘aerobridge’, sistem kendali bagasi LTAK

ByDouglas Elliot

KUCHING, 18 Mei: Peruntukan berjumlah RM2.9 juta dikhususkan untuk tujuan penambahbaikan jambatan udara (aerobridge) dan sistem pengendalian bagasi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK).

Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak (Udara dan Jalan), Datuk Dr. Jerip Susil mendedahkan inisiatif itu dilaksanakan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) di LTAK dari tahun 2023 hingga 2025.

Dalam pada itu, menurutnya Kementerian Pengangkutan Malaysia dan MAHB akan mengambil alih tanah bagi tujuan pembesaran LTAK.

Menurutnya ia merupakan fasa seterusnya dalam pembesaran LTAK.

“Berdasarkan kajian Pelan Induk LTAK pada 2020, bangunan terminal dapat diperbesarkan untuk menampung kapasiti sehingga 12 juta penumpang setahun.

“Skop pembangunan di bawah pelan induk ini merangkumi tambahan bangunan, penambahan kaunter daftar masuk, penambahbaikan dewan berlepas dan automasi lapangan terbang ke arah 4.0,” katanya dalam menjawab soalan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serembu, Miro Simuh di Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Untuk rekod kata Dr Jerip, sejak tahun 2022, sebelum ini MAHB telah membelanjakan RM2.5 juta untuk menaik taraf tandas, papan tanda dan menurap semula laluan pesawat. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan