Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menghadiri Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) pada Jumaat. Foto TVS

Strategi jangka panjang kerajaan ubah wajah kawasan DBKU berkembang pesat, teratur – Abang Johari

BySheera Abg Mansor

KUCHING, 4 Mei: Kawasan pentadbiran Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) akan berkembang pesat menerusi strategi pembangunan dan inisiatif jangka panjang Kerajaan Sarawak, kata Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Premier Sarawak itu berkata transformasi tersebut ditentukan oleh faktor kemampanan yang berkehendakkan komitmen daripada pihak DBKU dan warga di kawasan berkenaan.

DBKU – Bandaraya Kyoto jalin kerjasama untuk penambahbaikan Bandaraya Kuching – Dr Abdul Rahman

“DBKU akan berkembang apabila siap infrastrukturnya, bermakna sebelah Satok akan berkembang dengan pembangunan jalan raya dari Segedup ke arah kawasan Petrajaya iaitu kawasan Tupong.

“Kawasan Tupong sekarang agak padat dan kita harus menaik taraf infrastruktur di kawasan Tupong kerana ia terus menjurus membangun ke arah kawasan Pantai Damai khasnya Telaga Air.

Mampankan kualiti kebersihan udara Kuching, selain persekitaran fizikal – Abang Johari

“Dan kita tahu satu projek besar di sana ialah Universiti Icats yang kita bangun di kawasan Trombol. Ini sudah tentu akan membuka pembangunan d kawasan tersebut,” kata beliau ketika pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) pada malam Jumaat.

Mengulas lanjut, Abang Johari berkata, Segedup pula akan dibangunkan dengan kawasan perumahan seperti di Sungai Bedaun.

Selain itu, satu pelan jangka panjang akan dibangunkan di kawasan Semariang menurut Abang Johari ia merangkumi kawasan Kampung Semariang Pinggir dan Kampung Semariang dengan berkonsep baharu iaitu menyerupai pelaksanaan Darul Hana. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan