Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika berucap dalam Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) pada malam Jumaat. Foto TVS

Mampankan kualiti kebersihan udara Kuching, selain persekitaran fizikal – Abang Johari

BySheera Abg Mansor

KUCHING, 3 Mei: Sarawak komited memampankan kedudukan Bandaraya Kuching sebagai bandar ke-11 paling bersih di dunia meliputi kepada kebersihan udara selain kualiti persekitaran fizikal, kata Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Premier Sarawak itu berkata mengambil kira kepentingan faktor kebersihan udara ini dalam mengukur kebersihan bandar, Kerajaan Sarawak telah menggunakan pendekatan daripada perspektif aliran trafik dan juga pergerakan pengangkutan yang digunakan.

“Sebab itu kita (Sarawak) sudah mulakan dengan Hidrogen. Pengangkutan awam kita menggunakan bahan api terbersih. Dan dibawah pelan Sarawak juga, mudah-mudahan kereta pun akan meggunakan bahan api terbersih sama ada elektrik mahupun hidrogen.

“Ssistem ART kita juga akan menjadi satu pendekatan ekoran pengangkutan awam kita tidak mencemarkan udara.

“Jika itu berlaku, ekosistem bandar kita menjadi satu bandar yang benar-benar bersih dari sudut udara dan fizikal,” katanya ketika berucap pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) di sini, pada Jumaat.

Selain itu, antara usaha lain dalam mempertahankan kedudukan Bandaraya Kuching untuk mempertahankan kedudukan ini bagi jangka masa panjang, Abang Johari turut memaklumkan bahawa setiap bandar-bandar membangun di wilayah ini diusahakan mempunyai taman alam semula jadi yang mampan.

“Kalau dibawah DBKU, kita telah menggazetkan kawasan Bukit Siol sebagai taman alam semula jadi. Bermakna tiada pembangunan dibangunkan di Bukit Siol.

“Dan untuk Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), kita ada Bukit Stutong. Di Miri, kita ada taman alam semula jadi Piasau, dan di Sibu kita telah gazetkan Bukit Lima sebagai taman alam semula jadi.

“Begitu juga kawasan yang baru nak jadi bandar seperti Kapit, Sri Aman dan Bintulu kerana kita ada taman alam semula jadi Samalaju yang mampan,” jelas beliau.

Menerusi pendekatan sedemikian, menurut beliau ia akan mendorong kepada cara hidup masyarakat yang bersih dan kurang penyakit, seterusnya menyumbang ke arah pembentukan masyarakat berusia di masa akan datang.

Turut hadir, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri, Timbalan Menteri Utiliti Dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Hubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, dan Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak, Datuk Dr Hazland Abang Hipni.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok, Dato’ Ibrahim Baki, ADUN Tupong, Fazzrudin Abdul Rahman, Datuk Bandar Kuching Utara, Hilmy Othman dan Datuk Bandar Kuching Selatan, Datuk Wee Hong Seng. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan