Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Utiliti Dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi. Foto Aziz Soleh (TVS)

DBKU – Bandaraya Kyoto jalin kerjasama untuk penambahbaikan Bandaraya Kuching – Dr Abdul Rahman

BySheera Abg Mansor

KUCHING, 3 Mei: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) berhasrat untuk menjalin kerjasama dengan Bandaraya Kyoto pada masa akan datang, kata Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi.

Hasrat yang disuarakan Timbalan Menteri Utiliti Dan Telekomunikasi Sarawak itu susulan lawatan ‘Benchmarking DBKU’ di Jepun baru-baru ini untuk mempelajari amalan-amalan terbaik, teknologi terkini dan strategi pembangunan mampan oleh bandar- bandar utama dan bandar metropolitian oleh negara matahari terbit tersebut.

“Saya mohon agar satu kertas kerja disediakan bagi tujuan tersebut untuk dibentangkan kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam masa terdekat,” katanya ketika berucap pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) pada Jumaat.

Majlis pada Syawal ke- 25 itu turut dihadiri Abang Johari serta isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang.

Menurut Dr Abdul Rahman, lawatan selama 10 hari tersebut dimulakan di Osaka, Kobe, Kyoto dan berakhir di Tokyo.

“Banyak yang kami pelajari sepanjang berada di Jepun. Baik melalui taklimat dan lawatan tapak di beberapa agensi.

“Malah melalui pemerhatian langsung sekitar bandar, taman, pasar, dan sekitar
tempat-tempat awam, banyak amalan terbaik boleh kita adaptasi untuk penambaikan untuk Bandaraya Kuching,” ujarnya.

Katanya lagi, Jepun terkenal sebagai memiliki disiplin dan komitmen yang tinggi dalam bekerja menerusi konsep ‘Kaizen’ yang diamalkan untuk meningkatkan prestasi kerja rakyatnya.

“Bagi mereka, sesuatu kejayaan yang dicapai bukanlah tujuan akhir, tetapi ia merupakan satu perjalanan berterusan yang perlu dikekalkan sampai bila-bila,”tambahnya lagi.

Terdahulu, Dr Abdul Rahman turut memaklumkan bahawa sebanyak 80 pelan tindakan berteraskan CBS (Clean, Beautiful, Safe, Smart dan Sustainable) telah dirangka untuk pelaksanaan DBKU sepanjang tempoh tahun 2023 sehingga 2030.

Selain itu, beliau turut berkongsi beberapa anugerah dan pengiktirafan yang telah diterima DBKU sepanjang tahun 2023 dan 2024 antaranya Anugerah 5 Bintang Sistem Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan (SPB-PBT), Anugerah 2 Bintang Konvensyen ICC/KIK Malaysia Siri 2 Road to Beijing, Anugerah Penarafan Bandar Pintar Malaysia – Smart City Early Adopter 2023, ) Public Service Innovation Asia Silver Award – Innovation : MHC1 Adjustable Manhole Cover, Penganugerahan Anugerah Integriti, Governance, Anti-Rasuah (AIGA) 2023 bagi Kategori Emas dan Anugerah Standard Pelancongan ASEAN Peringkat Kebangsaan (ASEAN Clean Tourist City) 2024 – 2026 daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan