Search
Close this search box.
Abu Kamara muncul sebagai wira pasukan Kuching City apabila berjaya menjaringkan gol pada minit ke-85. Foto: Kuching City FC

Kedah jadi mangsa kebangkitan Kuching City FC akhiri kemarau kemenangan

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 20 Sept: Kemarau kemenangan Kuching City FC selama tujuh bulan dalam saingan bola sepak tempatan berakhir malam tadi di Stadium Negeri Sarawak.

Kejayaan itu hadir selepas The Cat mengecewakan Kedah Darul Aman (KDA) FC dalam Piala Cabaran MLF 2023 dengan keputusan 1-0.

Kuching City FC dapat sentuhan jurulatih baharu dari Singapura

Ini menyaksikan ketua jurulatih baharu Kuching City FC, Aidil Sharin Sahak berjaya mengecewakan bekas pasukannya selama empat musim.

Penolong Ketua Jurulatih Kuching City FC, Firdaus Morshidi berkata, segala percaturan yang dirancang membuahkan hasil walaupun mereka membawa bekalan tipis ke Alor Setar untuk perlawanan timbal balik.

“Alhamdulilah setelah sekian lama tidak menang selepas kali terakhir pada Febuari lepas, ini menjadi motivasi kepada pasukan.

Apa kau lakukan wahai Kamara – Irfan Bakti

“Kredit harus diberikan kepada semua pemain kerana mereka beraksi sebagai satu pasukan,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan.

Aksi malam tadi menyaksikan Abu Kamara muncul sebagai wira pasukan apabila berjaya menjaringkan gol pada minit ke-85.

KDA FC yang dibimbing Nafuzi Zain akan menerima kunjungan Kuching City FC pada 4 Oktober depan di Stadium Darul Aman, Alor Setar. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan