Search
Close this search box.
Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah ditemui pada sesi sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pembangunan Awal Kanak-kanak Sarawak (MPAKS) yang pertama bagi tahun 2024, di pejabatnya, di Kuching, hari ini. Foto: TVS
Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata pindaan itu dibuat berikutan keluhan pemegang kad tersebut yang merasakan mereka tidak menikmati sebarang faedah daripada bantuan tersebut. Foto fail TVS

Kenyalang Gold Card: Bantuan ihsan kematian dipinda tahun ini

SIBU, 1 Feb: Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak akan meminda bantuan ihsan kematian (BIK) yang disalurkan kerajaan Sarawak kepada pemegang Kenyalang Gold Card (KGC) pada tahun ini.

Menterinya Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata pindaan itu dibuat berikutan keluhan pemegang kad tersebut yang merasakan mereka tidak menikmati sebarang faedah daripada bantuan tersebut.

Melalui pindaan itu, bantuan ihsan tersebut yang berjumlah RM3,000 itu akan dikurangkan.

“Ramai pemegang kad meminta supaya mereka dapat menerima faedah bantuan itu ketika masih hidup. Dalam pindaan itu kami akan kurangkan BIK dan menyarankan supaya pemegang kad menerima bantuan rawatan kesihatan,” katanya.

Fatimah berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Sejambak Kasih Tahun Baru Cina 2024 anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak di sini hari ini.

Menurut beliau selepas pindaan itu kelak, pemegang KGC boleh menggunakan bantuan itu untuk mendapatkan rawatan kesihatan di hospital swasta yang menjadi rakan strategik KGC.

KGC adalah eksklusif untuk rakyat Sarawak yang berumur 60 tahun ke atas iaitu mereka boleh menikmati keistimewaan dan faedah kad seperti diskaun ke atas produk dan perkhidmatan untuk rakyat Sarawak daripada vendor strategik KGC selain menawarkan BIK RM3,000 bagi menampung perbelanjaan pengebumian kematian pemegang kad.

BIK hanya diberikan kepada pemegang KGC yang tidak mendapat perlindungan insurans, Tabung Haji, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan sebagainya.

Sementara itu seramai 7,656 penerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat di Sarawak yang meraikan sambutan Tahun Baharu Cina menerima sumbangan RM100 sumbangan kerajaan Sarawak melibatkan perbelanjaan RM765,000.

Daripada jumlah tersebut seramai 1,764 penerima adalah dari Bahagian Sibu dan seramai 100 orang daripada mereka menerima bantuan itu termasuk hamper bernilai RM80 yang disampaikan Fatimah pada majlis tersebut. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan