Search
Close this search box.
Sejumlah RM3.34 billion pembiayaan telah diluluskan oleh Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional untuk 206,174 usahawan bagi tempoh 2020 hingga 2030. Foto hiasan, Envato.

Parlimen: TEKUN Nasional luluskan pembiayaan RM3.3 bilion untuk usahawan

ByRadzi Ahmad

KUALA LUMPUR, 6 Mac: Sejumlah RM3.34 billion pembiayaan telah diluluskan oleh Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional kepada 206,174 usahawan bagi tempoh 2020 hingga 2030, Dewan Rakyat dimaklumkan hari ini.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk R. Ramanan berkata, TEKUN Nasional juga telah menerima 246,626 permohonan dengan nilai pembiayaan sebanyak RM5.7 billion bagi tempoh tersebut.

Katanya, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) melalui TEKUN Nasional juga telah mengurangkan tempoh kelulusan pembiayaan dan pengeluaran serta mengurangkan keperluan dokumentasi permohonan.

Jelasnya, langkah itu diambil sebagai usaha membantu usahawan mikro mendapatkan skim pembiayaan.

“Keperluan dokumentasi permohonan dikurangkan daripada 17 dokumen kepada empat dokumen sahaja, iaitu salinan kad pengenalan pemohon, salinan daftar syarikat atau permit daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), gambar premis perniagaan dan salinan penyata kewangan,” katanya.

Ramanan menjawab soalan Datuk Muslimin Yahaya (Perikatan Nasional -Sungai Besar) mengenai statistik permohonan pinjaman diterima TEKUN daripada 2020 hingga 2023 serta jumlah permohonan yang telah diluluskan.

Katanya, tempoh kelulusan pembiayaan dikurangkan daripada 21 hari kepada tujuh hari bekerja manakala urusan penyaluran peruntukan dilaksanakan dalam tempoh tiga hari bekerja. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan