Search
Close this search box.
Datuk Seri Dr Noraini Ahmad menjawab soalan di Dewan Negara hari ini. Foto, Jabatan Penerangan Malaysia.

Dewan Negara: Kahwin lambat antara punca kesuburan di Malaysia merosot

ByPriscilla

KUALA LUMPUR, 2 April: Faktor ekonomi yang menyebabkan ramai memilih untuk melambatkan perkahwinan dikenal pasti antara faktor penurunan kadar kesuburan keseluruhan (TFR) di Malaysia.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata selain itu terdapat pasangan suami isteri yang menangguhkan perancangan untuk mendapatkan zuriat dan menghadkan jumlah anak turut menyumbangkan kepada penurunan TFR.

Jelas beliau, penurunan TFR tidak hanya berlaku Malaysia kerana ia menjadi isu global yang turut membelenggu kebanyakan negara maju dan membangun.

“Pilihan-pilihan sedemikian juga boleh menyumbang kepada peningkatan masalah ketidaksuburan disebabkan oleh faktor umur,” katanya pada sesi Pertanyaan – Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Negara hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Senator Datuk Dr Ahmad Azam Hamzah yang meminta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan faktor kadar kelahiran dan kesuburan di Malaysia menurun pada setiap tahun serta apakah langkah- langkah yang diambil oleh kerajaan bagi mengatasi masalah ini.

Sementara itu beliau memaklumkan sebagai langkah untuk memperlahankan penurunan TFR di Malaysia, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui agensinya Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), telah menawarkan perkhidmatan subfertiliti sejak 1979.

Jelas beliau rawatan berkenaan ditawarkan di tiga klinik LPPKN pada kos yang berpatutan jika berbanding fasiliti swasta bagi membantu pasangan-pasangan di Malaysia menangani masalah ketidaksuburan.

Dalam perkembangan sama, beliau memaklumkan Pusat Subfertiliti Negara pertama negara yang dibina dengan peruntukan sebanyak RM171 juta di Shah Alam, Selangor dijangka beroperasi pada 2030.

Kata Noraini, ia bakal menjadi pusat kesuburan dan pusat rujukan utama negara yang menyediakan pelbagai kemudahan perkhidmatan rawatan kesuburan yang canggih dengan harga yang berpatutan.

“Kerajaan Madani juga telah memberikan insentif kepada pasangan untuk mendapatkan rawatan kesuburan seperti pengecualian cukai bagi rawatan kesuburan,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan