Search
Close this search box.
China mengesahkan tempat ke peringkat separuh akhir Piala Uber 2024. Foto AFP

Piala Uber: China, Jepun berentap di separuh akhir

ByBernama

CHENGDU, 2 Mei: China mengesahkan tempat ke peringkat separuh akhir Piala Uber 2024, berdepan Jepun di Pusat Sukan Chengdu High-Tech Zone, di sini esok.

Pada saingan hari ini, juara 15 kali itu mendominasi perlawanan suku akhir apabila mengatasi Denmark 3-0.

Perseorangan wanita utama China, Chen Yu Fei yang juga nombor dua dunia, mudah menundukkan lawannya Line Hojmark Kjaersfeldt 21-10, 21-12.

Rentak kemenangan tuan rumah diteruskan menerusi beregu wanita utama dunia Chen Qing Chen-Jia Yi Fan yang memerlukan 40 minit sebelum mengecewakan gandingan Alexandra Boje-Maiken Fruergaard 21-12, 21-15.

He Bing Jiao melengkapkan kemenangan China, menewaskan Line Christophersen 21-16, 22-20 untuk mara ke separuh akhir.

Sementara itu, juara enam kali Jepun pula berpeluang melunaskan dendam selepas tewas 1-3 kepada China pada final edisi 2020, apabila melangkah ke separuh akhir dengan mengetepikan India 3-0 dalam satu lagi perlawanan suku akhir hari ini.

Perseorangan wanita utama Jepun yang juga di ranking ke-11 dunia Aya Ohori dipaksa bermandi peluh sebelum berjaya menghasilkan mata pertama pasukan mengalahkan Ashmita Chaliha, pemain di ranking ke-53, 21-10, 20-22, 21-15.

Pasangan di ranking keempat dunia, Nami Matsuyama-Chiharu Shida pula menewaskan Priya Konjengbam-Shruti Mishra 21-8, 21-9 untuk kedudukan selesa 2-0 sebelum Nozomi Okuhara menyumbang mata kemenangan Jepun selepas menundukkan Isharani Baruah 21-15, 21-12. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan