Search
Close this search box.
Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata antara acara yang dikembalikan adalah acara terjun air berirama dan poomsae taekwondo.

SUKMA: Acara terjun 10 meter kembali, futsal wanita kekal digugurkan

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 2 Mei: Acara terjun platform 10 meter bakal dipertandingkan semula manakala acara futsal wanita kekal digugurkan bagi Sukan Malaysia (SUKMA) 2024.

Menteri Sukan, Belia dan Pembangunan Usahawan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata ia hasil perbincangan mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia bersama Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dan kontinjen negeri yang terlibat.

“Antara acara yang dikembalikan adalah acara terjun air berirama, poomsae taekwondo dan seterusnya akan dimaklumkan kemudian,” katanya pada sidang media Persidangan Pertama Pemandu Pelancong ASEAN di sini, hari ini.

Mengenai kerja-kerja menaik taraf fasiliti sukan beliau berkata ia kini berjalan lancar dan boleh siap sepenuhnya menjelang Jun.

“Saya tidak boleh memberi peratusan kemajuan naik taraf namun saya boleh katakan ia berjalan dengan baik menerusi perkembangan yang sentiasa dikongsikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif SUKMA Sarawak 2024, Datu Hii Chang Kee setiap minggu.

“Kami juga memastikan perhubungan dalam sembilan bahagian yang akan mengadakan acara sukan ini akan berjalan dengan baik seperti tempat tinggal,” katanya.

Dalam masa sama, Abdul Karim berkata Sarawak mahu menggunakan kelebihan tuan rumah untuk menjadi juara keseluruhan.

“Kita belum menetapkan lagi sasaran kita untuk pungutan pingat, tetapi saya yakin ini merupakan kelebihan buat kita.

“Kali terakhir Sarawak menjadi juara keseluruhan adalah pada 30 tahun dahulu. Kita sentiasa berada di kelompok lima terbaik selepas tahun 1994,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan