Search
Close this search box.
Puan Sri Datuk Amar Hajjah Juma’ani Tun Tuanku Haji Bujang memotong kek ulang tahun ke-25 Persatuan Ibu Tunggal Sarawak (PITSA). Foto TVS

Taska Kasih Laila bantu sedia peluang pekerjaan kepada ibu tunggal

KUCHING, 4 Mei: Kejayaan Persatuan Ibu Tunggal Sarawak (PITSA) menubuhkan dua buah Taska iaitu Taska Kasih Laila satu dan dua bukan hanya memberikan manfaat kepada ahlinya malah bertindak sebagai sistem sokongan kepada aspek penjagaan dan pendidikan awal kanak-kanak.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, selain menyediakan peluang perkerjaan kepada ahlinya untuk menjadi pengasuh, ia turut membantu memudahkan pasangan bekerja mencari pusat penjagaan bagi anak mereka.

Katanya, sejak ditubuhkan kedua taska tersebut telah mengasuh seramai 471 orang kanak-kanak dari pelbagai lapisan masyarakat khususnya pasangan yang bekerja.

“Ini merupakan satu khidmat daripada PITSA memberi sistem sokongan kepada ibu bapa yang kedua-duanya berkerja jadi anak-anak boleh ditempatkan di Taska Kasih Laila ini.

“Pada masa sama, pengasuh yang bertugas di di Taska Kasih Laila ini juga ada dari kalangan ibu tunggal sendiri dan ini bermakna ia memberikan perkerjaan kepada ibu tunggal itu sendiri.

“Sekiranya ada keperluan untuk ibu bapa menghantar anak-anak ke taska bolehlah mempertimbangkan untuk menghantar ke Taska Kasih Laila ini kerana selain anak tersebut akan diasuh dengan kasih sayang ia juga akan turut membantu ahli-ahli PITSA ini,” katanya.

Beliau berkata demikian berucap pada Majlis Ramah Tamah Hari Raya Aidilfitri bersama Komuniti Ibu Tunggal di Hotel Waterfront di sini hari ini.

Fatimah dalam pada itu turut menyeru ahli Jawatankuasa PITSA untuk menyelami setiap keperluan ahlinya dan seterusnya menyediakan bantuan berdasarkan keperluan mereka.

Ia kerana menurut beliau, setiap ibu tunggal mempunyai cabaran yang pelbagai bergantung kepada keadaan semasa mereka dan ini memerlukan pendekatan yang berbeza.

Kerajaan katanya, sentiasa bersedia untuk membantu golongan ini untuk melangkah lebih maju menerusi pelbagai inisiatif, program dan bantuan yang di sediakan menerusi agensi-agensinya.

Bagaimanapun perkara itu tidak akan dapat dilaksana dengan baik tanpa pemahaman, kesedaran dan kesediaan golongan ibu tunggal untuk merubah nasib mereka.

“Maka di sinilah peranan PITSA ini, iaitu dengan memberikan sebaran tentang inisiatif-inisiatif dan program-program bantuan oleh kerajaan dalam usaha membantu dan mengubah nasib masyarakat di Sarawak termasuk golongan ibu tunggal ini,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan