Search
Close this search box.
Pengerusi Lembaga Pengarah UNIMAS, Tan Sri Dato Seri Sulong Matjeraie (tiga, kiri) menyerahkan watikah perlantikan Pro Canselor kepada Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg (tiga, kanan), disaksikan oleh Naib Canselor UNIMAS, Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi (dua, kanan). Foto: TVS

Abang Johari dilantik semula sebagai Pro Canselor UNIMAS

KUCHING, 26 Okt: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dilantik semula sebagai Pro Canselor Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) untuk tempoh tiga tahun.

Naib Canselor UNIMAS, Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi berkata pelantikan itu berkuatkuasa sehingga 14 Mac 2026.

Menurutnya lantikan itu telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah.

“Kita menyerahkan kepada Premier tadi iaitu lantikan semula beliau selaku Pro Canselor UNIMAS untuk tempoh tiga tahun daripada 15 Mac 2023 sehingga 14 Mac 2026, lantikan beliau telahpun diberi perkenan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dan telahpun dilaksanakan oleh Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Abang Johari di Wisma Bapa Malaysia di sini pada Khamis.

Dalam kunjungan yang turut disertai pengurusan tertinggi UNIMAS kata Dr Kadim ia juga melibatkan taklimat perjalanan Majlis Konvokesyen UNIMAS Ke-27 yang bakal disempurnakan Abang Johari.

Menurut beliau majlis tersebut akan berlangsung pada 6 hingga 9 November ini melibatkan tujuh sesi membabitkan 3,800 graduan ijazah sarjana muda, sarjana dan kedoktoran. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan