Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berucap di Majlis Pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC Energy) dan Gallois New Energy Materials (M) Sdn. Bhd. di sebuah hotel, di sini. Foto Aziz Soleh

SEDC Energy-Gallois bina kilang pengeluaran grafit di Bintulu, seiring komitmen kerajaan – Abang Johari

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, 2 Feb: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyifatkan pembinaan kilang pengeluaran grafit di Bintulu adalah seiring dengan komitmen kerajaan negeri yang optimis memajukan komponen teknologi kimia bagi pengeluaran hidrogen di Sarawak.

Menurut beliau kerjasama antara SEDC Energy dan Gallois New Energy bagi tujuan terbabit amat bertepatan untuk Sarawak yang giat meneroka peluang dalam menyertai industri kenderaan elektrik (EV) sekali gus memacu pertumbuhan ekonomi negeri ini.

Pembangunan kilang grafit, selaras komitmen kerajaan negeri | TVS

Abang Johari mengakui SEDC Energy berada di barisan hadapan dalam usaha tenaga mampan, dengan portfolionya merangkumi Minyak Mentah Alga, Bahan Api Penerbangan Mampan (SAF), Biomass, bekalan hidrogen, perniagaan hulu, dan penyelesaian mobiliti hijau.

Beliau turut memberitahu bahawa pengangkutan awam Sarawak akan dikuasakan oleh hidrogen menggunakan teknologi sel bahan api, yang memerlukan grafit, menekankan kesesuaian menubuhkan kilang pengeluaran grafit di Bintulu.

“Gallois, terkenal dengan operasi perlombongan dan penyulingannya di Madagascar, merupakan sebuah kuasa besar dalam pengeluaran grafit. Keistimewaan semula jadi dan grafit berkualiti tinggi mereka, yang dicirikan oleh struktur kristal yang sempurna, menjadikan mereka rakan yang ideal untuk sektor hidrogen yang pesat membangun di Sarawak.

“Usaha bersama kami akan meneroka peluang dalam perniagaan grafit, menandakan satu langkah besar ke arah mewujudkan kepelbagaian dalam inisiatif tenaga kami. Akuisisi ekuiti SEDC Energy dalam GNEM menegaskan komitmen bersama kami terhadap kejayaan usaha ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan acara Pemeteraian Perjanjian Persefahaman (MoU) antara SEDC Energy Sdn Bhd (SEDC Energy) dan Gallois New Energy Materials (M) Sdn Bhd (Gallois New Energy) di sini, pada Jumaat.

Terdahulu, kerjasama berkenaan bertujuan untuk mempercepatkan pembangunan dan penubuhan Pelaburan Keseluruhan bernilai USD1.5 bilion (kira-kira RM6.3 bilion) bagi Kilang Pengeluaran Grafit Berprestij menghasilkan Grafit Semulajadi Sfera Berprestij dan Grafit Sintetik Berprestij di Taman Perindustrian Samalaju, Bintulu, Sarawak.

Inisiatif ini dijangka akan mengubah landskap ekonomi Bintulu serta mencipta lebih daripada 1,000 peluang pekerjaan berkemahiran tinggi untuk komuniti tempatan.

Terdapat rancangan komprehensif untuk menempatkan Bintulu sebagai sumber grafit bebas karbon utama di peringkat global di luar China bagi memenuhi permintaan yang meningkat untuk bekalan grafit yang mampan dan kos efektif, khususnya dalam pasaran bateri EV yang berkembang pesat.

Langkah strategik ini, dengan pembangunan tiga peringkat yang dirancang pada 2025 tertakluk kepada ketersediaan kuasa 100MW, memanfaatkan kelebihan infrastruktur Sarawak, termasuk kuasa hidro yang murah dan boleh diperbaharui.

Hadiri sama,  Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Ketua Pegawai Eksekutif SEDC Energy Sdn. Bhd., Robert Hardin, Pengerusi SEDC, Tan Sri Dr Abdul Aziz Husain dan Presiden Gallois Group of Companies, George Lu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan