Search
Close this search box.
Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata segala aduan dan keresahan orang ramai khususnya di Sarawak berhubung PADUtelah diambil maklum Kerajaan Persekutuan. Foto TVS

Sarawak tunggu maklum balas Putrajaya berhubung PADU

KUCHING, 5 April: Kerajaan Sarawak akan menunggu maklum balas terbaharu Kementerian Ekonomi berhubung kemas kini data rakyat Sarawak di dalam Pangkalan Data Utama (PADU).

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata segala aduan dan keresahan orang ramai khususnya di Sarawak berhubung sistem data tersebut telah diambil maklum Kerajaan Persekutuan dan ia bakal dimaklumkan kelak.

“Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ada menyebut beberapa perkara yang telah dilakukan untuk menambah baik sistem semasa beliau berada di Kuching minggu lalu kepada Premier Sarawak (Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

“Saya juga ada di sana pada masa itu, jadi kita tunggu sahaja kerana tidak wajar untuk saya maklumkannya tetapi sekurang-kurangnya kebimbangan kita telah diteliti, itu mencerminkan Kerajaan Persekutuan sensitif terhadap pandangan daripada rakyat, itu adalah perkara yang bagus,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkara berkenaan semasa sidang media Festival Makanan dan Kebudayaan Samarahan di sini, hari ini.

Abdul Karim sebelum ini dilaporkan berkata bahawa PADU harus distruktur semula berikutan ia dibimbangi berupaya mengakibat data peribadi orang ramai digodam.

Katanya, peranan dan hala tuju PADU itu kurang jelas dan bimbang data peribadi disalahgunakan.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dilaporkan bakal mengadakan pertemuan dengan Kerajaan Sarawak bagi membincangkan isu tersebut.

Pendaftaran PADU ditutup pada 31 Mac lepas dengan jumlah pendaftaran hampir 10 juta individu.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan