Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyempurnakan majlis pecah tanah bagi projek pembinaan Hotel Butik Dalat di sini, hari ini. Foto Akma Salleh (TVS)

Hotel Butik Dalat akan mula dibina pertengahan 2025

ByAkma Salleh

MUKAH, 25 Mei: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyempurnakan majlis pecah tanah bagi projek pembinaan Hotel Butik Dalat di sini, hari ini.

Pada sesi taklimat oleh Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (LCDA) sebentar tadi memberitahu bahawa projek pembinaan hotel berkenaan dijangka bermula pada pertengahan tahun 2025.

Menurut LCDA, projek pembangunan seluas 1.958 ekar itu telah diluluskan pada 30 April 2024.

Terdahulu, majlis turut disaksikan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dalat, Dato Sri Fatimah Abdullah, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Rosey Yunus, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti), Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Perancangan Ekonomi dan Pembangunan) Datu Dr Muhammad Abdullah Zaidel.

Hotel Butik Dalat yang bakal didirikan enam tingkat akan dilengkapi dengan 35 buah bilik tetamu, kemudahan lain seperti bilik mesyuarat, pejabat, dewan persidangan dan acara, bilik jamuan ‘banquet hall’, serta tempat letak kenderaan.

Setelah projek hotel itu siap nanti, ia akan memberi impak pembangunan yang pesat kepada pekan Dalat dan kawasan sekitarnya termasuk Oya, Igan dan bandar Mukah. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan