Search
Close this search box.
Batu tunggul yang terkenal di perairan Taman Negara Bako runtuh. Foto: TVS

Batu tunggul ikonik di Taman Negara Bako runtuh – Abdul Karim

ByAmirah Shawel

KUCHING, 13 Feb: Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan batu tunggul yang terkenal di perairan Taman Negara Bako runtuh.

Abdul Karim berkata, beliau dimaklumkan mengenai perkara itu oleh Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Forestry Corporation (SFC), Abang Arabi Abang Aimran hari ini.

“Saya berasa amat sedih mendapat berita batu tunggul atau sea stack di Taman Negara Bako telah sampai ke hujung hayatnya dan jatuh ke laut,” katanya ketika dihubungi TVS.

Tambah Abdul Karim, batu tunggul itu merupakan tarikan di kawasan taman negara itu dan menjadi lokasi wajib untuk pelancong merakam gambar.

Batu tunggul Taman Negara Bako merupakan timbunan batu laut yang unik serta menjadi salah satu khazanah geologi negara.

Merujuk laman web SFC, dinyatakan pembentukan batu tunggul tersebut adalah kesan daripada pergerakan gelombang ombak laut selama beratus tahun. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan