Search
Close this search box.
Presiden Persatuan Tinju Negeri Sarawak (SABA), Datuk Rahman Lariwoo (tengah) pada sidang media Kejohanan Tinju Dunia (WBC) 2024 disini, hari ini. Foto TVS.

Sarawak sasar raih enam emas tinju SUKMA 2024

ByKimberly Dickson

KUCHING, 8 April: Skuad tinju Sarawak menyasarkan untuk meraih enam pingat emas pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 yang dijadualkan berlangsung dari 17 hingga 24 Ogos depan.

Presiden Persatuan Tinju Negeri Sarawak (SABA), Datuk Rahman Lariwoo berkata, sasaran itu telah ditetapkan oleh Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak.

Kata beliau, persatuan yakin sasaran itu mampu dicapai berdasarkan prestasi semasa atlet.

“Atlet tinju SUKMA Sarawak telah lama melakukan persediaan untuk berentap di temasya sukan ini,” katanya pada sidang media sempena Kejohanan Tinju Dunia (WBC) 2024 disini, hari ini.

Rahman memaklumkan, latihan terakhir skuad tinju Sarawak akan dijalankan di Thailand, Indonesia dan Filipina.

“Persiapan menjelang temasya itu giat dijalankan termasuklah penyertaan atlet kita pada WBC 2024 sebagai persiapan pada kadar yang optimum,” katanya.

Tinju SUKMA kali ini menyaksikan empat pingat emas turut dipertandingkan bagi kategori perempuan selain 12 emas bagi kategori lelaki. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan